Artan dipilih kendali perlawanan Piala Super UEFA di Austria

PARIS, 11 JUN – Pengadil Somalia, Omar Artan yang dinafikan peluang menjadi pengadil perlawanan pada Piala Dunia 2026 dipilih mengendalikan aksi Piala Super UEFA antara Paris Saint-Germain (PSG) dan Aston Villa di Salzburg, Austria Ogos depan

Presiden UEFA, Aleksander Ceferin memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF).

β€œArtan adalah pengadil muda yang cemerlang tetapi sudah berpengalaman. Beliau telah membuktikan dirinya di peringkat pertandingan tertinggi Konfederasi Bola Sepak Afrika.

β€œBola sepak dicipta untuk menghubungkan orang ramai, dan UEFA mahu menunjukkan rasa hormatnya kepada Artan dan kemahiran memimpinnya yang cemerlang,” katanya.

Sebelum ini, pengadil terbaik Piala Negara-Negara Afrika 2025 tersebut dihalang daripada memasuki Amerika Syarikat pada Sabtu selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami.

Pengadil berkenaan dihalang memasuki negara berkenaan selepas dituduh terlibat dengan kumpulan pengganas.

Sumber berita: RTM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *