Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah ditemui lemas di Sungai pagi ini

7 Jun 2026

Bekas Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Datuk Mohd Jamil Md Idross, 78, ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Teluk Bagan di Jalan Tandop dekat Alor Setar pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Syed Basri Syed Ali dalam kenyataan hari ini berkata mayat mangsa ditemukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Alor Setar pada 8.10 pagi tadi, kira-kira 50 meter dari lokasi dipercayai terjatuh ke dalam sungai.

Terdahulu, ahli keluarga memaklumkan kali terakhir melihat arwah kira-kira 11.30 malam semalam, dan sekitar 5 pagi tadi, mereka menyedari arwah tiada di rumah sebelum menemukan seliparnya berhampiran sungai dan mengesyaki warga emas itu terjatuh.
Sumber- Bernama

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *