Titah YDP Agong perkukuh seruan perangi rasuah

KUALA LUMPUR, 5 JUN – Titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang menegaskan keperluan membanteras rasuah secara tegas dan berterusan disifatkan sebagai tepat pada masanya dalam usaha memperkukuh integriti serta meningkatkan keyakinan rakyat terhadap institusi negara.

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Mazlan Che Soh, rasuah bukan sekadar melibatkan pelanggaran undang-undang, malah memberi kesan yang lebih besar terhadap integriti institusi serta kepercayaan rakyat.

Beliau berkata, usaha membanteras rasuah secara konsisten dan tanpa pilih kasih merupakan asas penting dalam menegakkan kedaulatan undang-undang serta menjamin kestabilan dan kemakmuran negara.

β€œJadi, pada pendapat saya, kunci utama bagi memastikan tiada amalan pilih kasih dan seumpamanya ialah penguatkuasaan yang konsisten serta berasaskan undang-undang sedia ada.

β€œSetiap kes perlu disiasat secara telus dan tindakan diambil berdasarkan fakta serta bukti, tanpa dipengaruhi oleh kedudukan, pangkat atau pengaruh mana-mana pihak,” katanya ketika dihubungi RTM, hari ini.

Tambah beliau, rasuah tidak hanya berlaku dalam kes berprofil tinggi, sebaliknya boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan di setiap peringkat masyarakat.

Usaha membudayakan integriti dalam masyarakat dan organisasi perlu diperkasakan bagi mencegah amalan rasuah daripada terus berleluasa.

Menurutnya, kejayaan mengurangkan rasuah dapat membantu mencegah ketirisan serta memastikan sumber negara dimanfaatkan dengan lebih berkesan demi kesejahteraan rakyat.

Sumber: RTM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *