



Wartawan JM
Foto: Pejabat Perdana Menteri (PMO)
4 JUN 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan kehadiran para masyaikh dalam Majlis Ilmu Madani dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) di Masjid Al-Sultan Abdullah, Presint Merdeka 118, Kuala Lumpur, malam ini.
Beliau juga mengunjungi pameran oleh PNB mengenai program ASNB yang memperkenalkan kaedah Zakat al-Mustaghallat secara Khultah mulai 25 Mei 2026.
“Saya ingin menzahirkan penghargaan atas perkongsian oleh Sheikh Muhammad Hydara Al-Jilani, Pengerusi Pertubuhan Qadriyya Gambia; Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, Pengerusi Yayasan Ar-Riβayah dan Sheikh βAbd Allah Muhammad Bilal, Presiden Institut Manuskrip Arab, Mauritania,” kata Anwar dalam hantaran di FB.
Selain Δ°tu, bagi pihak Kerajaan Malaysia, Anwar juga mengalu-alukan kehadiran Sheikh Dr. Walead Mohammad, Pengerusi Komuniti Sabeel; Sheikh Mohammed Amin Kholwadia, Presiden Insititut Etika Al-Amin, Chicago; dan Sheikh Dr. Ahmed Mohamed Saad Al-Azhari, Pengarah Institut Ihsan, United Kingdom (UK) dalam majlis ini.
“Saya sentuh kepentingan menuntut ilmu dan mengamalkan ilmu yang dipelajari sebagai tanggungjawab semua umat Islam. Dalam negara MADANI, teras kenyakinan kita dalam penguasaan ilmu mesti bertunjangkan asas akidah dan akhlak,” kata Perdana Menteri.
Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas nasihat dan peringatan serta doa para masyaikh dalam majlis ini.
“Semoga doa dan harapan yang disampaikan malam ini menjadi barakah kepada Malaysia dan umat Islam di seluruh dunia,” tambah beliau.
Firman Allah SWT:
ΩΩΩΩ°ΩΨ£ΩΩΩΩΩΩΨ§ Ω±ΩΩΩΨ°ΩΩΩΩ Ψ‘ΩΨ§Ω ΩΩΩΩΨ§Ϋ Ω±Ψ³ΩΨͺΩΨ¬ΩΩΨ¨ΩΩΨ§Ϋ ΩΩΩΩΩΩΩ ΩΩΩΩΩΨ±ΩΩΨ³ΩΩΩΩ Ψ₯ΩΨ°ΩΨ§ Ψ―ΩΨΉΩΨ§ΩΩΩ Ω ΩΩΩ ΩΨ§ ΩΩΨΩΩΩΩΩΩΩ Ω Ϋ ΩΩΩ±ΨΉΩΩΩΩ ΩΩΩΨ§Ϋ Ψ£ΩΩΩΩ Ω±ΩΩΩΩΩΩ ΩΩΨΩΩΩΩ Ψ¨ΩΩΩΩΩ Ω±ΩΩΩ ΩΨ±ΩΨ‘Ω ΩΩΩΩΩΩΨ¨ΩΩΩΫ¦ ΩΩΨ£ΩΩΩΩΩΩΫ₯Ω Ψ₯ΩΩΩΩΩΩΩ ΨͺΩΨΩΨ΄ΩΨ±ΩΩΩΩ Ω’Ω€
Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.
(Al-Anfal :24) – JM
