Pengundi Setiawangsa Akan Terus Diberi Perhatian dan Sokongan

18 MEI 2026

  1. Saya merujuk kepada pengumuman YB Nik Nazmi semalam untuk
    mengosongkan kerusi Ahli Parlimen Setiawangsa. Saya mengucapkan terima
    kasih atas khidmat beliau kepada warga Kuala Lumpur sepanjang tempoh
    perkhidmatannya.
  2. Sebagai Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan, saya ingin
    memberi keyakinan kepada penduduk Setiawangsa bahawa perkhidmatan di
    bawah Jabatan Wilayah Persekutuan akan terus berjalan seperti biasa tanpa
    sebarang gangguan.
  3. Saya juga telah meminta Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri TPr Fadlun
    Mak Ujud untuk membantu memperkukuhkan peranan Pejabat DBKL
    Cawangan Setiawangsa dalam menangani isu-isu tempatan serta memastikan
    aduan dan keperluan penduduk terus diberikan perhatian sewajarnya. Ini
    termasuk penambahan tenaga kerja bagi mempercepatkan tindakan di
    lapangan sepanjang tempoh ini.
  4. Penduduk boleh terus hadir, menghubungi atau mengemukakan aduan melalui:

Pejabat DBKL Cawangan Setiawangsa
D’Wangsa, 1, Jalan Wangsa Delima 13,
Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 8.00 pagi – 4.30 petang (Isnin hingga Jumaat)

Tel: 03-4142 2740
Emel: pcsw.dbkl@gmail.com

  1. Saya juga akan bekerjasama dengan semua pihak bagi meneruskan usaha
    melindungi dan memelihara Bukit Dinding agar ia kekal sebagai paru-paru hijau
    Kuala Lumpur untuk manfaat penduduk setempat.

HANNAH YEOH
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
(WILAYAH PERSEKUTUAN)

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *