⚠️ AMARAN KERAS UNTUK SEMUA WARGA EMAS & AHLI KELUARGA ⚠️

16 Mei 2026

Scammer sekarang semakin licik. Mereka hantar link palsu kononnya hadiah percuma, parcel tertahan, bantuan kerajaan atau mesej bank. Sekali tekan… duit dalam akaun boleh lesap dalam beberapa minit!

❌ JANGAN sesekali tekan link yang tidak dikenali.

❌ JANGAN download fail APK atau aplikasi dari WhatsApp/SMS.

❌ JANGAN percaya mesej yang paksa bertindak “SEGERA”

⚡ Ingat!
Link pelik = perangkap scammer.

Tekan sekali boleh buka jalan untuk pencuri curi data, OTP dan wang simpanan anda!

✅ Jika ragu-ragu:

Tunjukkan mesej kepada anak atau ahli keluarga.

  • Hubungi bank menggunakan nombor rasmi.
  • Screenshot mesej sebagai bukti.
  • Semak nombor telefon & akaun di Semak Mule PDRM.
  • Laporkan segera kepada pihak polis atau NSRC 997
    🔎 Semak dahulu sebelum percaya!

Gunakan portal https://semakmule.rmp.gov.my PDRM untuk menyemak nombor telefon dan akaun bank yang mencurigakan.

🚨 Kalau tidak pasti, JANGAN TEKAN!
Jangan kerana satu klik, habis wang simpanan seumur hidup hilang dalam tangan scammer.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *