YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP FAN BINGBING

15 Mei 2026

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Datuk Fan Bingbing, pelakon terkenal dan juga Duta Setiakawan Pelancongan Melaka dalam mempromosikan Malaysia menerusi industri perfileman antarabangsa.

Mother Bhumi merupakan sebuah filem Malaysia arahan anak tempatan yang juga pengarah tersohor memenangi pelbagai anugerah antarabangsa, Chong Keat Aun dan dibintangi pelakon antarabangsa terkenal, Fan Bingbing bersama Natalie Hsu (Hong Kong), Bai Run-yin (Taiwan), Pearlly Chua (anak Johor), Alvin Wong (anak Selangor), Rithaudin (anak Sabah) dan Pauline Tan (anak Selangor).

Filem itu juga membawa pengiktirafan antarabangsa serta mengharumkan nama Malaysia menerusi pencapaiannya di pentas perfileman dunia termasuk Golden Horse Awards, Tokyo International Film Festival dan Far East Film Festival.

Sesi mengadap Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, kelmarin (12 Mei).

Hadir sama, Wong Kew Soon, penerbit Mother Bhumi, Chong Keat Aun dan Jersey Chong, pengurus Fan Bingbing yang juga anak kelahiran Johor.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *