


Wartawan JM
Foto: Pejabat Perdana Menteri (PMO)
13 MEI 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Prof. Seyyed Vali Reza Nasr, seorang sarjana, penulis dan pakar hubungan antarabangsa yang terkenal dalam bidang politik Asia Barat serta pengajian Islam, yang berada di sini atas undangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
“Kami memanfaatkan ruang pertemuan ini untuk bertukar pandangan berhubung perkembangan konflik Amerika Syarikat-Iran, termasuk implikasinya terhadap kestabilan geopolitik dunia, keselamatan serantau serta krisis bekalan tenaga global yang sedang dihadapi ketika ini,” kata beliau dalam hantaran di FB.
Anwar berkata semoga segala ikhtiar dan usaha diplomasi yang digerakkan masyarakat antarabangsa dapat membantu meredakan ketegangan, seterusnya menjamin keamanan, kestabilan dan kesejahteraan sejagat. – JM
