MAJLIS PELUNCURAN POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) SPECIAL DIALOGUE V 2026

KUALA LUMPUR, 12 Mei 2026 – YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Hj. Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri, hari ini menyempurnakan Majlis Peluncuran PDRM Special Dialogue V 2026 yang berlangsung di KLGCC Convention Centre, Kuala Lumpur.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa landskap ancaman keselamatan masa kini semakin dinamik dan kompleks melibatkan jenayah siber, penipuan kewangan digital serta jenayah rentas sempadan, sekali gus menuntut pendekatan kepolisan moden yang lebih berintegrasi, responsif dan berteraskan teknologi.

Bertemakan β€œSynergized Policing: Securing the Future Together”, program ini menjadi platform strategik yang menghimpunkan agensi penguatkuasaan, pemain industri dan ahli akademik bagi memperkukuh kolaborasi serta perkongsian kepakaran demi keselamatan dan kesejahteraan negara.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *