YDP Agong undang Putin lawat Malaysia pada 2027

MOSCOW, 10 Mei – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengundang Presiden Rusia Vladimir Putin untuk melawat Malaysia pada 2027.

Seri Paduka Baginda turut mengucapkan terima kasih kepada Putin atas sambutan hangat di Moscow dan mengundang beliau untuk mengadakan lawatan negara ke Malaysia tahun depan, yang akan menandakan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

β€œHubungan antara negara kita berkembang dengan baik. Tahun depan kita meraikan ulang tahun hubungan diplomatik,” kata Putin dalam pertemuan bersama YDP Agong, sambil menambah bahawa kedua-dua negara bekerjasama secara aktif di arena antarabangsa, termasuk di Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan ASEAN.

Presiden Rusia itu berkata hubungan perdagangan dan ekonomi antara Rusia dan Malaysia turut berkembang, dan terdapat semua prasyarat untuk mengatasi sedikit penurunan dalam perdagangan.

β€œSaya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kerana bersama kami dan menyatakan harapan agar hubungan kedua-dua negara akan terus berkembang kukuh seperti yang telah terjalin sebelum ini,” kata pemimpin Rusia itu.-

Sumber/ RTM & BERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *