
9 Mei 2026
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkenalkan MyKad generasi baharu dengan peningkatan ciri keselamatan yang lebih moden, canggih dan sukar dipalsukan bagi memperkukuh perlindungan identiti rakyat Malaysia.
๐ฌโPenambahbaikan MyKad baharu ini adalah sebahagian usaha kerajaan memperkukuh keselamatan identiti rakyat dengan penggunaan teknologi keselamatan bertaraf antarabangsa.โ
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
MyKad baharu ini menampilkan peningkatan ketara daripada 23 kepada 53 ciri keselamatan, termasuk teknologi turihan laser, ultraviolet (UV), hologram, guilloche, microtext, kod respons pantas (QR) serta cip dengan tahap enkripsi yang dipertingkatkan.
Pendekatan ini menjadikan MyKad 2026 antara dokumen pengenalan diri paling selamat dan berteknologi tinggi dalam usaha membendung pemalsuan identiti serta penyalahgunaan dokumen rasmi negara.
KDN akan terus memastikan sistem pengenalan diri negara kekal diyakini, selamat dan relevan selaras perkembangan teknologi semasa demi keselamatan rakyat dan kedaulatan negara.
Sumber: Lawatan Rasmi YB Menteri Dalam Negeri ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Stesen Bukit Chagar bagi meninjau projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor BahruโSingapura, 8 Mei 2026.
