KKM jamin bekalan ubat kritikal termasuk insulin dan vaksin kekal stabil

17 April 2026

Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat-ubatan kritikal di negara ini termasuk insulin dan vaksin berada pada tahap stabil dan mencukupi bagi menampung keperluan rakyat buat masa ini.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perkhidmatan Farmasi) Dr Azuana Ramli berkata kerajaan melaksanakan pemantauan berterusan menerusi penubuhan pasukan petugas memastikan tahap ketersediaan stok ubat-ubatan di seluruh negara stabil.

“Sekarang kita sudah ada jawatankuasa yang ahlinya terdiri daripada pegawai-pegawai kementerian dan juga pihak industri. Kita membincangkan isu ini dan memantau paras stok secara bersama,โ€ katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk “Sekuriti Bekalan Ubat Negara” hari ini.

Dr Azuana berkata melalui mekanisme ini, pihak industri menyalurkan maklumat tahap stok bagi membolehkan KKM mengenal pasti sebarang gangguan bekalan dengan lebih awal

โ€œKita dapat lihat stok mana kritikal contohnya mungkin dalam rantaian itu bekalan kita tinggal 60 hari ke 90 hari. Jadi bila kita tahu stok yang mana ada isu, kita boleh ambil tindakan,” katanya.

Sumber: Bernama

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *