
31 Mac 2026
(Info Ringkas)
πΉEkonomi berkembang 4-5 peratus pada 2026, perkhidmatan (5.2 peratus), pembuatan (4.3 peratus), pertanian (1 peratus), perlombongan (1.2 peratus) dan pembinaan (9.1 peratus)
πΉProspek pertumbuhan tertakluk kepada risiko kenaikan dan penurunan termasuk konflik Asia Barat yang berlanjutan
πΉKedudukan negara sebagai pengeksport tenaga bersih turut menyediakan beberapa penampan terhadap cabaran luar
πΉMalaysia berada pada kedudukan kukuh menghadapi kejutan harga minyak, disokong permintaan domestik yang teguh, inflasi sederhana, sektor kewangan baik dan kedudukan luaran berdaya tahan
πΉMalaysia berada pada kedudukan kukuh menghadapi kejutan harga minyak, disokong permintaan domestik yang teguh, inflasi sederhana, sektor kewangan baik dan kedudukan luaran berdaya tahan
πΉBNM terus memantau bagi memastikan Malaysia bersedia menghadapi cabaran mendatang tanpa mengabaikan keutamaan jangka panjang untuk meningkatkan prospek ekonomi dan mengekalkan daya tahan
πΉJumlah aset pada 31 Dis, 2025 berjumlah RM602.22 bilion berbanding RM621.54 bilion (2024), mencerminkan kesan terjemahan mata wang di tengah-tengah pengukuhan ringgit
πΉInflasi keseluruhan dijangka kekal sederhana, pada purata antara 1.5 dan 2.5 peratus pada 2026 meskipun wujud turun naik harga komoditi global dan konflik Asia Barat
πΉRinggit meningkat 6.6 peratus berbanding dolar AS kepada 3.9453 antara Oktober 2025 dan Januari 2026, paras tertinggi sejak Mei 2018
πΉPasaran ekuiti domestik mencatatkan keuntungan stabil, FBM KLCI meningkat 8 peratus, disokong oleh sentimen pelabur yang bertambah baik bagi tempoh Oktober 2025 dan Januari 2026
- Bank Negara Malaysia
