PMX sambut baik gencatan senjata sementara Pakistan, Afghanistan

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
20 MAC 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik pengumuman gencatan senjata sementara operasi antara Pakistan dan Afghanistan sempena Aidilfitri, dan menggesa semua pihak untuk meneruskan usaha de-eskalasi ke arah keamanan berkekalan.

Beliau berkata demikian ketika perbualan telefon bersama Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif, semasa dalam perjalanan pulang selepas lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang, hari ini.

“Saya sempat bertukar pandangan dengan Shehbaz, sambil saling menyampaikan ucapan Aidilfitri serta menzahirkan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan erat dan kerjasama strategik antara kedua-dua negara,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Pada masa sama, beliau berkata Malaysia turut menyuarakan kebimbangan terhadap ketegangan di Timur Tengah melibatkan Iran, serta menegaskan keperluan mendesak untuk menghentikan eskalasi dan mengutamakan dialog. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *