





Oleh: Sholina Osman
18 MAC 2026
Rezeki menjadi tetamu Allah ini biasanya datang dengan pelbagai cara termasuklah menerusi cabutan bertuah.
Begitu juga dengan Muhamad Syahmi Norkamaludin, 28 dan Noor Afifah Dawan, 38 apabila diumumkan sebagai pemenang pakej umrah sempena Buffet Ramadan Hotel Seri Malaysia (HSM) Kangar, Perlis yang berlangsung dari 21 Februari hingga 18 Mac 2026.
Pengurus Besar HSM Kangar Datuk Zahriah Abdul Kadir berkata tahun ini merupakan kali ke dua HSM Kangar bekerjasama dengan Andalusia Travel & Tours yang menawarkan pakej umrah untuk cabutan bertuah buffet ramadan.
Beliau menjelaskan ini berikutan sambutan yang menggalakkan dari pelanggan selain berpeluang menikmati Buffet Ramadan bertemakan “Nostalgia Klasik” juga
menawarkan pakej umrah dalam cabutan bertuah.
MENANG HADIAH UTAMA
Muhamad Syahmi ketika ditemui memberitahu beliau tidak menjangka akan menang hadiah utama iaitu pakej Umrah Ziarah Istanbul & Sanliurfa bernilai RM10, 590.
“Saya sangat bersyukur dan sama
sekali tidak menjangka akan dipilih menjadi tetamu Allah menerusi kemenangan dalam cabutan bertuah ini,” kata beliau.
Bagaimanapun katanya, dia tidak berharapan tinggi untuk menang kerana sebelum ini beliau bersama 14 rakan sekerja memilih untuk berbuka puasa di HSM kerana tarikan menu kambing bakar yang tiada ditempat lain.
BERHARAP UNTUK MENANG
Noor Afifah pula memang berharap untuk menang pakej umrah dalam cabutan bertuah sekalipun sudah pernah ke sana.
“Saya pula buat keputusan saat terakhir mendaftar untuk makan di buffet Ramadan,” katanya yang menang pakej umrah bernilai RM6, 390.
Beliau bersyukur kerana memenangi pakej umrah semasa meraikan ulang tahun kelahiran suami. – JM
