


Oleh: Sholina Osman
15 MAC 2026
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), sedang memantau secara rapi perkembangan semasa krisis geopolitik di Asia Barat, khususnya susulan penutupan laluan Teluk Hormuz oleh Iran pada 2 Mac 2026 yang telah memberi kesan kepada pasaran tenaga global.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata perkembangan ini tidak menjejaskan tahap ketersediaan dan jaminan bekalan elektrik negara pada masa ini.
“Sistem penjanaan elektrik di Semenanjung menggunakan sekitar 40 peratus hingga 45 peratus gas asli sebagai bahan api utama dan sebahagian besar bekalan gas tersebut diperoleh daripada sumber gas domestik di Kerteh serta kawasan pembangunan bersama Thailand-Malaysia Joint Development Area (JDA),” kata beliau dalam kenyataan media.
STABIL DAN MENCUKUPI
Sehubungan itu, kata beliau bekalan gas dalam negara pada masa ini adalah stabil dan mencukupi untuk menampung operasi loji jana kuasa.
Berhubung tarif elektrik, Fadillah berkata melalui kerangka Incentive Based Regulation (IBR) di bawah tempoh Kawal Selia Keempat (Regulatory Period 4 – RP4) dari tahun 2025 hingga 2027, Kerajaan komited melindungi kebajikan merupakan sumbangan besar rakyat dalam memperkukuh kelestarian sistem tenaga negara. – JM
