Kerajaan akan kerjasama dengan guru-guru pondok perkukuh pendidikan sedia ada – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
15 MAC 2026

Kerajaan MADANI akan bekerjasama dengan guru-guru pondok bagi memperkukuh pendidikan sedia ada tanpa mengubah asas kurikulum mereka.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebaliknya menambah elemen bahasa, sejarah, pendidikan digital serta pendedahan kepada Kecerdasan Buatan (AI).

“Inilah sebahagian tekad Kerajaan MADANI untuk memastikan pendidikan agama terus diperkasa, seiring kemajuan teknologi demi masa depan generasi negara,” kata beliau dalam hantaran di FB.

MAJLIS BERBUKA PUASA

Terdahulu Anwar menghadiri majlis berbuka puasa bersama pelbagai lapisan masyarakat dan juga pemimpin-pemimpin tempatan di Universiti Malaysia Sabah sebelum mengakhiri lawatan di negeri berkenaan.

Dalam ucapan, beliau menegaskan mendepani dunia yang dipacu transformasi digital dan AI, kita mesti memastikan kemajuan teknologi bergerak seiring dengan nilai, budaya dan jati diri masyarakat. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *