540 LALUAN HARAM DIKENAL PASTI DI SELURUH NEGARA – KPN

Kuala Lumpur, 13 Mac 2026 – Sebanyak 540 laluan haram telah dikenal pasti di seluruh negara sehingga Februari lepas, kata Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail.

Beliau berkata laluan tersebut terdiri daripada 316 laluan darat dan 224 laluan maritim merentasi 10 negeri kecuali Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Terengganu dan Pahang.

β€œMalaysia mempunyai sempadan darat dan maritim yang luas dengan Thailand, Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina dan perairan antarabangsa di Laut China Selatan serta Laut Sulu.

β€œKawasan sempadan ini bukan sahaja berfungsi sebagai laluan perdagangan dan pergerakan manusia yang sah tetapi juga dieksploitasi untuk menjalankan aktiviti jenayah rentas sempadan,” katanya dalam ucapan beliau pada Majlis Iftar Ramadan bersama Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing, di sini, semalam.

Sumber: BERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *