
7 Mac 2026
Dalam satu kenyataan, Konsulat Jeneral Malaysia (KJM) di Dubai berkata pihaknya mengambil maklum laporan daripada beberapa rakyat Malaysia bahawa walaupun telah diumumkan kos penginapan hotel bagi penumpang yang terkandas akan ditanggung oleh pihak berkuasa tempatan, pihak hotel masih mengenakan bayaran bagi lanjutan penginapan.
βRakyat Malaysia di Dubai dan Emiriah Utara dinasihatkan untuk terus berwaspada, mengikuti pengumuman rasmi pihak berkuasa UAE dan Konsulat, dan membuat perancangan sewajarnya sekiranya perlu melanjutkan tempoh penginapan.
βIni termasuklah mempertimbangkan pilihan penginapan alternatif yang lebih berpatutan sekiranya perlu,β menurut kenyataan itu.
