Keluarga tinggalkan pinggiran Beirut, Lubnan ketika serangan semakin memuncak

3 Mac 2026

Kereta yang sarat dengan tilam, kanak-kanak dan barangan yang dikumpulkan secara tergesa-gesa memenuhi jalan keluar dari kawasan pinggiran selatan Beirut pada Isnin, ketika ribuan keluarga melarikan diri susulan serangan Israel pada waktu malam, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Bunyi deruman enjin menggantikan dentuman letupan.

Di sepanjang jalan pesisir pantai keluar dari Beirut, kesesakan lalu lintas teruk berlarutan sejauh beberapa kilometer, hon kenderaan berbunyi tanpa henti ketika keluarga terperangkap di dalam kereta masing-masing, manakala sebahagian yang lain keluar berjalan di tepi pantai atau menunggu dengan cemas pembukaan pusat perlindungan tambahan.

Kebimbangan meningkat di Lubnan selepas Israel memperluaskan serangannya selain Iran dengan menyasarkan kumpulan Hizbullah yang disokong Iran, termasuk di Beirut, susulan serangan peluru berpandu rentas sempadan ke Israel.

BernamaNews

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *