KESELAMATAN PINTU MASUK NEGARA DIPERKUKUH SERTA-MERTA

25 Feb 2026

Kerajaan memandang serius insiden tembakan yang melibatkan seorang Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di salah satu pintu masuk negara. Langkah keselamatan tambahan telah diaktifkan serta-merta bagi memastikan keselamatan anggota bertugas serta orang awam terus terjamin, selaras dengan komitmen Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam memperkukuh kawalan sempadan negara secara bersepadu dan berterusan.

πŸ’¬KENYATAAN YB MENTERI DALAM NEGERI

β€œKeselamatan di semua pintu masuk negara kekal terkawal. Langkah-langkah keselamatan tambahan telah diaktifkan serta-merta bagi memastikan keselamatan anggota bertugas dan orang awam sentiasa terjamin.”
β€” YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

LANGKAH KESELAMATAN TAMBAHAN DEMI KETENTERAMAN AWAM

KDN melalui agensi penguatkuasaan di pintu masuk negara sentiasa memantau situasi semasa dan mempertingkatkan prosedur keselamatan bagi memastikan operasi kawalan sempadan berjalan dengan lancar, profesional dan berkesan. Pendekatan ini menzahirkan komitmen Kerajaan dalam memastikan keselamatan negara kekal terkawal serta melindungi kesejahteraan rakyat.

Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *