PREMIER SARAWAK HADIR MAJLIS IFTAR LCDA, 125 PENERIMA DIRAIKAN

KUCHING, 24 FEB – Seramai 125 anak daripada 13 kampung dalam kawasan Projek Pembangunan Darul Hana diraikan pada Majlis Iftar anjuran Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) di sini, hari ini.
Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Premier Sarawak, Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Douglas Uggah Embas.
Sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada sambutan Ulang Tahun LCDA ke-45 yang bertemakan β€œ45 Tahun LCDA Bersama Komuniti”.

Pada majlis itu, Pengurus Besar LCDA, Datu Sr Zaidi Mahdi, mewakili Kumpulan Besar LCDA, turut menyerahkan Zakat Perniagaan 2025 berjumlah RM1,782,437.05 kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS).
Sumbangan berkenaan diterima oleh Pengurus Besar TBS, Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie.

Majlis yang dihadiri kira-kira 700 tetamu itu turut menjadi platform menghargai sokongan dan kerjasama pelbagai pihak sepanjang 45 tahun perjalanan LCDA.

Ia juga merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) tahunan bagi meringankan beban golongan memerlukan sempena Ramadan dan persiapan Aidilfitri.

DEBBIE AMANDA
Foto: JAPEN

beritartmsarawak

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *