




Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
21 FEB. 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merai rakan sejawatnya dari Singapura, Lawrence Wong di Seri Negara sempena lawatan khas ke Malaysia.
Beliau berkata hari ini amatbcukup bermakna tatkala ia berlangsung di sebuah rumah agam berusia lebih seabad, saksi kepada pelbagai detik penting sejarah, termasuk pemeteraian Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 1948 serta Perjanjian Kemerdekaan pada 1957.
“Saya dan Lawrence meneruskan coretan sejarah ini dalam pertemuan selama hampir tiga jam. Kami sempat meninjau serta mendengar penerangan mengenai sejarah dan usaha pemuliharaan Seri Negara menerusi inisiatif Warisan Kuala Lumpur, ” kata beliau dalam hantaran di FB.
PEETEMUAN EMPAT MATA
Beliau berkata mereka kemudiannya berbuka puasa bersama, sebelum meneruskan pertemuan empat mata sewaktu makan malam, membicarakan usaha mempererat persahabatan Malaysia-Singapura serta memperkukuh kerjasama dalam menyelesaikan isu tertunggak melibatkan kedua-dua negara sahabat.
“Saya amat menghargai kunjungan
Lawrence yang menjadi manifestasi persahabatan kedua-dua negara, di samping memperteguh hubungan peribadi antara kami,” kata Anwar.
Beliau berharap smeoga pertemuan ini serta keberkatan Ramadan terus menyuburkan persefahaman dan kemakmuran berpanjangan kepada rakyat Malaysia dan Singapura. – JM
