24 PENERBANGAN TAMBAHAN KE SARAWAK SEMPENA TBC

KUCHING, 11 Februari — Sebanyak 24 penerbangan tambahan dari Kuala Lumpur ke Sarawak ditambah sempena sambutan Tahun Baharu Cina, TBC bagi menampung peningkatan permintaan.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata dalam kenyataan media hari ini memberitahu daripada jumlah itu 6 penerbangan melibatkan laluan ke Kuching dan 16 penerbangan bagi laluan ke Sibu

Manakala, dua penerbangan lagi untuk laluan ke Miri.

Langkah berkenaan penting memandangkan perjalanan udara merupakan penghubung utama antara Semenanjung Malaysia khususnya ketika musim perayaan.

Tambang tetap termasuk semua caj sebanyak RM339 sehala ditawarkan bagi tempoh perjalanan 11 hingga 23 Februari.

Perkara itu dimaklumkan selepas beliau menerima kunjungan hormat Kumpulan Penerbangan Malayisa yang memberi taklimat mengenai perkhidmatan penerbangan ke Sarawak semalam.

Kekerapan penerbangan juga dijangka akan ditingkatkan sempena Hari Raya Aidilfitri kelak.

Kementerian Pengangkutan Sarawak akan terus bekerjasama dengan pengendali penerbangan, Kementerian Pengangkutan Malaysia serta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia bagi memastikan kapasiti penerbangan mencukupi dan tambang kekal berpatutan sepanjang musim perayaan.

ROSE/PR
FOTO: Kementerian Pengankutan Sarawak

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *