JPJ Perlis sita 5 kenderaan mewah gagal perbaharui LKM

Oleh: Sholina Osman
11 FEB. 2026
Foto Ihsan JPJ Perlis

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Negeri Perlis telah menyita lima buah kenderaan mewah atas kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan melalui operasi “Ops Luxury” yang dijalankan baru-baru ini.

Pengarahnya Noraini Mohd Nawi berkata hasil pemeriksaan mendapati
kenderaan-kenderaan tersebut
melakukan kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.

“Jumlah tunggakan bayaran LKM bagi semua kenderaan tersebut adalah dianggarkan sebanyak RM 10,000, di mana nilai semasa lima buah kenderaan terbabit adalah
dianggarkan sebanyak RM941,000 dengan sebuah kenderaan mencecah nilai anggaran sebanyak RM485,000,” kata beliau dalam kenyataan media hari ini.

Noraini berkata tindakan sitaan ini dilaksanakan selaras dengan kuasa yang diperuntukkan di bawah undang-undang sedia ada.

BAHAWA TIADA KOMPROMI

“JPJ Negeri Perlis menegaskan
bahawa tiada kompromi akan
diberikan kepada mana-mana pemilik kenderaan yang gagal mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan,” kata beliau.

Noraini berkata kegagalan memperbaharui cukai jalan dan insurans merupakan satu
kesalahan serius yang bukan sahaja melanggar peruntukan undang-undang, malah boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan
raya yang lain.

Sehubungan itu, JPJ Negeri Perlis mengingatkan semua pemilik kenderaan, termasuk pemilik kenderaan mewah, agar sentiasa memastikan dokumen kenderaan diperbaharui dan dikemas kini
sebelum tamat tempoh.

Orang ramai juga diingatkan agar tidak menunggu sehingga tindakan
penguatkuasaan diambil dan hendaklah sentiasa mematuhi segala
peraturan serta undang-undang yang telah ditetapkan.

Salurkan sebarang aduan trafik dan lain-lain aduan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam
(SISPAA), e-aduan@JPJ (MyJPJ),
emel:p.perlis@jpj.gov.my atau
talian 04-9760097 dengan
menyertakan butiran lengkap aduan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *