








8 Feb 2026
Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil hari ini merasmikan Hari Keselamatan Internet (HKI) 2026 anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Taman Tasik Titiwangsa.
YB Datuk Fahmi dalam ucapan perasmiannya menyeru agar rakyat Malaysia berganding bahu dalam memastikan ruang digital yang lebih selamat untuk semua, khususnya kanak-kanak dan keluarga.
Pada majlis yang sama, YB Datuk Fahmi turut melancarkan Kempen Internet Selamat 2026 dengan sasaran seramai sejuta rakyat Malaysia menerusi latihan pengetahuan dan kemahiran tentang keselamatandalam talian.
HKI 2026 ini turut memberikan fokus kepada pendedahan praktikal kepada ibu bapa dan masyarakat menerusi kawalan penggunaan Internet, perlindungan akaun digital serta langkah mengelakkan penipuan dalam talian.
Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah, Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri TPr Fadlun Mak Ujud.
