








7 Feb 2026
Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim,
berkesempatan menyantuni komuniti India bersama PM Narendra Modi petang tadi.
PMX berkata, pertemuan ini mengingatkan mereka bahawa hubungan Malaysia dan India bukan sekadar terjalin melalui dasar dan perjanjian rasmi, sebaliknya berakar kukuh dalam sejarah, budaya serta persahabatan yang telah dibina sejak berabad lamanya.
Jelas PMX, komuniti India merupakan sebahagian penting daripada pembinaan negara ini, dengan sumbangan yang melangkaui pelbagai bidang serta menjadi tunjang kepada keharmonian dan kemajuan masyarakat majmuk Malaysia.
Katanya persahabatan dua hala ini terus diperkukuh melalui kerjasama yang semakin bermakna dalam bidang ekonomi, digital, teknologi serta pertukaran rakyat, sejajar dengan aspirasi pembangunan masa hadapan kedua-dua negara.
Ujar beliau lagi, dalam dunia yang semakin sarat dengan ketidaktentuan dan cabaran global, Malaysia dan India wajar terus menjadi suara yang mengutamakan dialog, kerjasama dan nilai kemanusiaan.
” Hakikatnya, persahabatan antara negara dinilai bukan pada kata-kata, tetapi pada sejauh mana kerjasama tersebut membawa manfaat yang nyata kepada kehidupan rakyat,” ujar PMX dalam perkongsian di laman media sosial hari ini.
