49 KERTAS SIASATAN KES BULI DIBUKA DI SARAWAK TAHUN 2025

KUCHING, 3 FEB – Jumlah kes buli di Sarawak catat peningkatan pada tahun lepas dengan 49 kertas siasatan dibuka dengan 25 pertuduhan.

Kes buli itu melibatkan pelajar sekolah di negeri ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata kes buli dalam kalangan pelajar sekolah memerlukan perhatian ketika ini.

“ Buat masa ini, fokus kita adalah untuk menangani isu buli di kalangan pelajar sekolah kerana data yang kita ada lebih kepada kes-kes tersebut.” katanya.

Ujarnya, sekolah kerajaan mempunyai prosedur operasi standard yang jelas untuk menangani kes buli.

Namun situasi berbeza bagi sekolah swasta yang tidak mempunyai SOP khusus.

Dato Sri Fatimah berkata demikian pada sidang media Jawatankuasa Pengurusan Buli Isu Buli Sarawak di Kuching hari ini.

Dari segi statistik, beliau berkata terdapat kes buli yang berjaya diselesaikan di peringkat sekolah, manakala kes-kes lebih serius dirujuk kepada Polis Diraja Malaysia PDRM.

Mengikut laporan daripada PDRM, 20 kertas siasatan kes buli pelajar sekolah dibuka pada tahun 2023 dengan 17 pertuduhan.

Manakala pada 2024, 15 kertas siasatan dibuka melibatkan empat pertuduhan.

Setakat 31 Januari 2026, tiga kertas siasatan telah dibuka.

DEBBIE AMANDA

beritartmsarawak

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *