










1 Feb 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
memanfaatkan cuti panjang sempena Hari Wilayah dan Thaipusam dengan meninjau operasi ETS3 Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru.
Sambil membuat tinjauan PMX juga menyantuni para penumpang serta berkongsi maklum balas dengan mereka.
” Kesempatan ini digunakan untuk menyantuni para penumpang serta mendengar secara langsung pandangan dan maklum balas mereka mengenai perkhidmatan yang disediakan.
” Alhamdulillah, respons yang diterima amat memberangsangkan, khususnya terkait tahap keselesaan serta pengalaman perjalanan yang lebih lancar dan tersusun, ” kata PMX dalam perkongsiannya di media sosial hari ini.
PMX berkata, Kerajaan MADANI akan terus memberi keutamaan kepada usaha memperkukuh perkhidmatan pengangkutan awam yang selamat, cekap dan mesra rakyat.
