
2 Feb 2026
Keselamatan sempadan negara terus menjadi keutamaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam melindungi rakyat dan mempertahankan kedaulatan Malaysia. Melalui pendekatan Smart Enforcement, kawalan keselamatan diperkukuh dengan operasi berasaskan risikan, penggunaan teknologi terkini serta kerjasama bersepadu antara agensi penguatkuasaan darat dan maritim.
π¬KENYATAAN YB MENTERI DALAM NEGERI
βKeselamatan sempadan negara bukan sahaja soal penguatkuasaan, tetapi soal melindungi rakyat dan mempertahankan kedaulatan negara. Pendekatan Smart Enforcement membolehkan tindakan lebih tepat, pantas dan berkesan berasaskan risikan serta teknologi.β
β YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Pendekatan ini membolehkan ancaman dikesan lebih awal, tindakan diambil secara proaktif dan pemantauan sempadan dilaksanakan dengan lebih menyeluruh serta berkesan β demi kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara.
Keselamatan negara adalah tanggungjawab bersama. KDN akan terus komited memastikan Malaysia kekal aman, stabil dan berdaulat.
