
Kuching, 28 Januari 2026 – 42 warga asing ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah undang-undang imigresen negara.
Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak berkata, mereka ditahan dalam operasi Penguatkuasaan di sekitar Bandaraya Kuching yang dijalankan semalam hingga hari ini.
Operasi tertumpu di beberapa lokasi termasuk kawasan Kilang Simen, rumah sewa, rumah kongsi di tapak pembinaan serta beberapa buah premis kedai makan.
Antara premis yang diserbu turut disyaki menjalankan aktiviti perjudian atas talian dan dipercayai menggaji warga asing.
“Walaupun terdapat cubaan dalam kalangan warga asing terbabit untuk melarikan diri dan bersembunyi bagi mengelakkan pemeriksaan, namun tindakan pantas serta kecekapan pegawai penguat kuasa berjaya mematahkan cubaan tersebut’, menurut kenyataan tersebut.
Operasi berkenaan dijalankan dengan kekuatan 31 orang pegawai penguat kuasa.
Jamalia
Foto: FB JIM Sarawak
