SIASATAN KES BUNUH DI SRI AMAN HAMPIR SELESAI

KUCHING, 23 Januari 2026 β€” Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan siasatan terhadap kes pembunuhan pasangan suami isteri di Sri Aman baru-baru ini hampir selesai.

Bercakap kepada pemberita hari ini, beliau memberitahu setakat ini pemeriksaan forensik terhadap senjata yang digunakan dalam kejadian tersebut hanya melibatkan DNA kedua-dua mangsa.

Dalam pada itu, hasil siasatan mendapati suami mangsa mengalami kemurungan sejak berkhidmat sebagai guru besar di Lubok Antu.

β€œMenurut keterangan saksi yang diperoleh, suami mangsa yang merupakan seorang guru besar di Lubok Antu didapati mengalami kemurungan sejak kebelakangan ini,” katanya.

Tambah beliau, kes berkenaan masih belum dapat diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA) dan pihak polis masih menunggu laporan analisis forensik terhadap telefon bimbit milik kedua-dua mangsa, sekiranya terdapat maklumat baharu yang dapat merungkai motif sebenar di sebalik kejadian tersebut.

Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata demikian selepas menyempurnakan Perhimpunan Pesuruhjaya Polis Sarawak di Padang Kawad, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, pagi tadi.

Wartawan/Foto: Eric

beritartmsarawak

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *