
21 Jan 2026
(Info Ringkas)
Perak #Ipoh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) membenarkan laluan di Jambatan Jalan Tun Abdul Razak yang sedang dalam proses baik pulih digunakan sempena sambutan Thaipusam dari 28 Jan sehingga 2 Feb.
Datuk Bandar Ipoh Zamakhshari Hanipah dalam kenyataan berkata kebenaran menggunakan laluan di jambatan itu hanya bagi sambutan tersebut dengan pematuhan syarat tertentu.
