
(INFO RINGKAS)
Ada sesiapa yang masih kurang pasti apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan di lebuh raya? Haaa, jangan risau!
Pastikan anda nyalakan lampu isyarat kecemasan dan letakkan tanda segi tiga kecemasan ⚠️ bagi memberi amaran kepada pengguna lain.
Pastikan anda menghubungi talian PLUSLine di 1800-88-0000. Sementara menunggu bantuan tiba, anda dinasihatkan untuk tidak berada di dalam kenderaan dan menunggu di belakang rel penghadang jalan demi keselamatan bersama.
