







7 Jan 2026
Setibanya PMX di Ankara, beliau terus menghadiri Majlis Sentuhan Kasih MADANI bersama Diaspora Malaysia di Republik TΓΌrkiye.
Menurut Datok Seri Anwar Ibrahim pertemuan itu menjadi ruang penting untuk beliau berkongsi hala tuju jelas Kerajaan MADANI dalam mengurus ekonomi negara dan memperkukuh tatakelola yang berintegriti, telus serta berteraskan kepentingan rakyat.
” Saya tekankan bahawa kekuatan ekonomi yang mampan membolehkan kerajaan menyalurkan pelbagai manfaat secara terus kepada rakyat selain sokongan berterusan melalui agensi-agensi berkaitan.
Dalam masa yang sama, rakyat perlu diperkasa dan dilengkapi dengan keupayaan menghadapi perubahan teknologi, termasuk kecerdasan buatan (AI), agar mampu menyumbang secara bermakna kepada pembangunan dan kemajuan negara,” kata PMX dalam perkongsian di laman sosial hari ini.
Beliau berkata, kerajaan MADANI akan terus berusaha memastikan kemakmuran yang dibina dapat dinikmati secara adil dan menyeluruh, demi masa depan Malaysia yang lebih berdaya saing, inklusif dan berperikemanusiaan.
