




KAJANG, 7 Januari 2026 – Jabatan Penjara Malaysia memulakan langkah tahun 2026 dengan penuh iltizam dan azam baharu melalui Perutusan Tahun Baharu 2026 oleh YBhg. KJP Datoβ Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak, Komisioner Jeneral Penjara, yang berlangsung dalam suasana penuh tertib dan bersemangat kenegaraan.
Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Bakti Setia, diikuti bacaan doa, ikrar Rukun Negara, tayangan montaj pencapaian setahun Jabatan Penjara Malaysia, serta istiadat pemakaian pingat sebagai penghargaan kepada warga jabatan yang cemerlang, sebelum diteruskan dengan perutusan rasmi tahun 2026.
Dalam perutusannya, YBhg. Dato’ KJP menegaskan kepentingan anjakan paradigma budaya kerja, pengukuhan integriti, tatakelola dan profesionalisme, serta komitmen berterusan Jabatan Penjara Malaysia dalam memanusiakan pemulihan tanpa menjejaskan keselamatan negara.
Antara fokus utama yang diketengahkan termasuk:
βͺοΈ Usaha strategik mengurangkan kesesakan penjara melalui pendekatan pemulihan berasaskan komuniti
βͺοΈ Penegasan bahawa ketegasan bukan kekerasan, dan kuasa adalah amanah
βͺοΈ Pengukuhan SOP, latihan berterusan dan budaya Zero Mistake
βͺοΈ Pemerkasaan pengurusan aset, fasiliti dan kelestarian operasi
βͺοΈ Revolusi perkhidmatan kesihatan penjara termasuk garis panduan banduan warga emas dan OKU
βͺοΈ Pemerkasaan ekosistem reintegrasi komuniti dengan sasaran 10,000 peluang pekerjaan prospek pada 2026
βͺοΈ Pendekatan biopsikososial spiritual berteraskan inovasi dan teknologi AI
βͺοΈ Pelaksanaan SSPA 2026 yang perlu diiringi peningkatan produktiviti dan integriti
Perutusan ini turut menyeru seluruh warga Jabatan Penjara Malaysia agar bekerja dengan ikhlas kerana Allah, memperkukuh kerjasama, menjaga amanah serta menjadikan setiap tugas sebagai ibadah, selaras aspirasi Malaysia MADANI.
Dengan semangat βAlhamdulillah atas yang telah berlalu, Bismillah untuk langkah baharuβ, Jabatan Penjara Malaysia terus komited untuk kekal sebagai sebuah institusi yang selamat, berdaya huni dan menginspirasikan harapan.
Hadir sama YBrs. TKJP Hafidz bin Othman, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan). YBrs. TKJP Zaidi bin Hamid, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pengurusan), YBrs. KP Rosoman bin Abu Bakar @Che Din, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Penjara menjalankan tugas Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan & Koreksional), YBrs. KP Mohamad Rosidek bin Musa, Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, Pengarah-Pengarah Bahagian dan Penjara Negeri serta Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Penjara Malaysia.
