PMX terima kunjungan hormat Pengerusi China Communications Construction Co. Ltd. bersama delegasi

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
5 JAN. 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi China Communications Construction Co. Ltd. (CCCC), Song Hailiang bersama delegasi yang merupakan waktu utama bagi kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) hari ini.

Beliau berkata pertemuan ini menumpukan perbincangan mengenai sokongan CCCC terhadap dasar-dasar Kerajaan, selari dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13).

Selain itu kata beliau turut menyentuh kemajuan semasa ECRL serta kepentingan memastikan projek ini dilaksanakan mengikut jadual dan memberi limpahan pembangunan ekonomi kepada industri serta kawasan yang terlibat.

KEPENTINGAN PERSIAPAN RAPI

“Seiring kemajuan projek, saya turut menegaskan kepentingan persiapan rapi bagi fasa operasi ECRL oleh semua pihak berkepentingan,” kata Anwar dalam perkongsian di FB.

Beliau berkata ECRL bukan sekadar projek infrastruktur rel, malah merupakan inisiatif strategik negara serta simbol kerjasama dan persahabatan Malaysia–China, yang diyakini mampu memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab jaringan dan logistik serantau di Asia Tenggara. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *