Inisiatif KDM: MCMC jalin kerjasama strategik Kerajaan Negeri Melaka

Oleh: Sholina Osman
6 JAN. 2025

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menjalin kerjasama strategik dengan Kerajaan Negeri Melaka melalui Inisiatif Kampung Digital Melaka (KDM).

Petikan dari FB milik MCMC memaklumkan inisiatif ini bagi memastikan setiap premis di Melaka dilengkapi alamat lengkap dan sistematik, memodenkan sistem alamat rumah dengan kod QR di 623 kampung tradisional.

Diiktiraf oleh SIRIM, ia menjadi model kampung digital negara, memacu pembangunan digital mampan dan manfaat kepada komuniti setempat.

KAMPUNG DIGITAL MELAKA

Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian Inisiatif Kampung Digital Melaka antara Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Azhar Arshad telah disaksikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan Menteri
Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Hadir sama, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka, Datuk Fairul Nizam Roslan; Pengarah Urusan MCMC, Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus dan Timbalan Pengarah Urusan MCMC, Datuk Zulkarnain Mohd Yasin. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *