Inflasi Malaysia kekal 2.0% pada Jun 2024 – DOSM

Oleh: Sholina Osman
24 JULAI 2024

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Jun 2024 dengan mencatatkan mata indeks 133.0 berbanding 130.4 berbanding bulan sama 2023.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan inflasi pada Jun 2024 didorong oleh peningkatan bagi kumpulan utama Restoran dan Perkhidmatan Penginapan (3.3 peratus), Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan bahan api lain (3.2 peratus), Penjagaan diri, Perindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan (2.8 peratus) dan makanan dan minuman (2 peratus).

Beliau berkata, inflasi Restoran dan Perkhidmatan Penginapan meningkat kepada 3.3 peratus berbanding bulan Mei 2024 adalah 3.3 peratus.

PENINGKATAN SUBKUMPULAN UTAMA

“Ini disebabkan oleh peningkatan subkumpulan utama perkhidmatan penyediaan meningkat kepada 4.2 peratus (Mei 2024: 4.1 peratus),” katanya dalam kenyataan media.

Mohd Uzir berkata, inflasi perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain pula berada pada kadar yang sama seperti bulan sebelumnya iaitu 3.2 peratus.

Beliau berkata, peningkatan ini disumbangkan terutamanya oleh subkumpulan oleh Bekalan air dan pelbagai perkhidmatan bekalan berkaitan rumah kediaman iaitu 32.1 peratus (Mei 2024: 32.1 peratus).

Beliau berkata, inflasi penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan meningkat 2.8 peratus pada Jun 2024 berbanding 3.0 peratus pada Mei 2024.

PERBELANJAAN BARANG KEMAS

Katanya, peningkatan ini disumbangkan oleh kelas perbelanjaan barang kemas dan jam tangan kepada 15.3 peratus (Mei 2024:16.5 peratus).

Mohd Uzir berkata, kumpulan makanan dan minuman yang menyumbang 29.8 peratus daripada keseluruhan wajaran Indeks Harga Pengguna (IHP) mencatatkan peningkatan 2.0 peratus pada Jun 2024 (Mei 2024:1.8 peratus).

“Subkumpulan utama Makanan di rumah meningkat 0.9 peratus pada Jun 2024 berbanding 0.5 peratus pada bulan sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata, kelas perbelanjaan Sayur-sayuran merekodkan peningkatan dua digit adalah kacang panjang, lada benggala dan timun. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *