Gugur pindaan anak terdampar , bukti Kerajaan Madani dengar suara rakyat

Oleh Noraini Nordin (Ulasan Berita)

Keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tidak meneruskan cadangan meminda Perlembagaan berhubung kewarganegaraan untuk anak-anak terdampar dan tanpa kerakyatan adalah sangat dialu-alukan.

Ini membuktikan bahawa Kerajaan Madani sentiasa mendengar suara rakyat dan peka terhadap mereka.

Dalam pemakluman mengenai perkara itu, Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan tetsebut dibuat berdasarkan pandangan pelbagai pihak yang diterima melalui sesi libat urus yang dilakukan kementeriannya.

Katanya, antara pihak yang diadakan perbincangan dalam sesi libat urus itu ialah Ahli-Ahli Parlimen, wakil parti-parti politik, pakar perundangan, wakil agensi peringkat negeri serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan atau NGO.

Pendirian KDN itu menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa mendengar suara hati rakyat berkaitan pindaan yang hendak dicadangkan.

Ini bermakna, kerajaan sentiasa ingin bersama dengan rakyat dalam apa juga keputusan yang hendak diambilnya.

Meskipun pada awalnya KDN berasakan pindaan itu perlu dilakukan demi kebaikan negara, tetapi memandangkan lebih ramai tidak bersetuju, sambil mengemukakan hujah-hujah mereka, pihak kementerian akhirnya akur untuk menarik balik cadangan pindaan itu.

PENDIRIAN KDN AMAT TERPUJI

Pendirian dan sikap KDN ini amat terpuji kerana sebagai kerajaan yang dipilih oleh rakyat, Kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan ia tidak sesekali berhasrat membelakangkan suara rakyat.

Adalah sangat diharapkan sikap mendengar suara rakyat ini hendaklah menjadi amalan berterusan selepas ini di mana dalam apa jua yang ingin dilakukan, adalah penting untuk kerajaan mengadakan sesi libat urusan yang intensif bagi memastikan pandangan rakyat sentiasa menjadi perkiraan.

Dalam hal berkaitan, tahniah kepada KDN atas tujuh lagi pindaan berkaitan kewarganegaraan yang akan diteruskan pembentangannya di Parlimen, terutama berkaitan anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia.

MENCERMINKAN KEADILAN

Pindaan ini adalah sesuatu yang mencerminkan keadilan kerana selama ini hanya bapa warganegara Malaysia sahaja berhak menurunkan status warganegara bagi anak mereka yang dilahirkan di luar negara.

Syabas kepada kerajaan atas pindaan ini yang memberi hak sama rata kepada wanita dengan kaum lelaki.


Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *