Oleh Noraini Nordin (Ulasan Berita)
Walaupun menerima kritikan panas yang bagaikan ‘kilat’ sambung menyambung Pasukan Pembangunan Pangkalan
Data Utama (PADU) terus gigih melaksanakan amanah rakyat.
Cubaan demi cubaan mensabotaj juga membaikot PADU semakin gagal.
Bukan ‘kaleng-kaleng’ dugaan yang diharungi oleh pasukan PADU sejak ia dilancarkan oleh PMX Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 2 Januari 2024.
Terkini berita baiknya selain daripada semakin diterima oleh rakyat pasukan PADU juga telah berjaya mengekang berjuta cubaan menceroboh sistem ini.
Kita sedia maklum, PADU dibina dan diselenggara 100% oleh penjawat awam.
Selain dapat menjimatkan ratusan juta dana kerajaan, data peribadi rakyat yang bersifat rahsia ini dijaga sepenuhnya oleh penjawat awam yang tertakluk dengan Akta Rahsia Rasmi 1972.
Hasil keputusan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli supaya PADU dibina oleh penjawat awam, tiada pihak ketiga mempunyai akses kepada data-data rahsia ini.
SEMAKIN DITERIMA RAKYAT
Di saat PADU semakin mendapat perhatian rakyat si antargonis yang anti Kerajaan Madani terus mendendangkan momokan-momokan memburukkan PADU .
Sudah menjadi sifatnya Si antargonis yang lebih suka membutakan rakyat daripada mencelikkan mereka supaya mudah diperbodohkan.
Perlulah disedari, bahawa polemik-polemik politik yang meleret-leret tidak ada faedahnya kepada rakyat.
Polemik ini hanyalah semata-mata agenda mereka yang anti Kerajaan Madani untuk memesongkan pemikiran rakyat .
Yang lalai akan terus terbuai-buai hingga lupa untuk memajukan diri , menikmati peluang-peluang yang ditawarkan oleh kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup di bawah Kerajaan Madani.
RAKYAT BIJAK MENDAFTAR PADU
Rakyat yang bijak berlumba-lumba mendaftar PADU manakala rakyat yang keliru terus ‘membatukan’ diri lantaran
terpengaruh dengan cerita- cerita palsu mengenai PADU.
Rakyat yang cerdik akan dapat menilai apa yang terbaik untuk diri mereka serta orang-orang disayangi.
Untuk rekod, sejak PADU dilancarkan oleh PMX
sebagaimana dilaporkan secara rasmi, lebih tiga juta individu sudah mendaftar PADU
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin dipetik sebagai berkata, sejak dilancarkan pada 2 Januari lalu, Sarawak, Selangor, Johor, Perlis dan Kelantan telah merekodkan jumlah pendaftaran tertinggi.
“Di Kelantan seramai 191,078 atau 15 peratus penduduknya telah mendaftar dengan PADU.
“Selain itu pendaftaran tinggi turut direkodkan di Johor iaitu 270,000 orang dan lebih 100,000 di Perlis.
“Sarawak dan Selangor juga merekodkan jumlah pendaftaran yang tinggi,” kata beliau selepas mengadakan tinjauan proses pendaftaran PADU di Pusat Ekonomi Digital (PEDI) Mahligai di Bachok, Kelantan baru-baru ini.
PADU yang telah dilancarkan Anwar sebagai pangkalan data komprehensif yang mengandungi data mikro yang diintegrasikan daripada pelbagai sumber agensi kerajaan.
Dibangunkan melalui kepakaran dalaman Kementerian Ekonomi, DOSM dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan kerjasama dan sokongan pelbagai kementerian, agensi serta kerajaan negeri.
Berdasarkan sambutan yang diterima setakat ini, menunjukkan pengenalan sistem PADU ini semakin menarik perhatian rakyat .
Selepas ini, ditambah dengan pihak berkaitan lebih kerap turun padang ke seluruh negara memberi lebih penjelasan, diyakini semakin ramai akan mendaftar nama mereka dalam PADU.
Pentingnya program ‘ turun padang ‘ itu dilakukan ialah kerana bukan semua orang ada kemudahan dan faham untuk mendaftar, terutama golongan warga emas serta mereka yang tinggal di pedalaman dan sebab itu, mereka perlu diberikan bantuan
Tahniah pasukan PADU . Semoga bertambah padu demi Malaysia Madani tercinta.
Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat