Oleh Noraini Nordin (Ulasan Berita dari KEB2024-PICC)
Besar sungguh harapan pelbagai lapisan rakyat Malaysia untuk melihat hasilan daripada Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 yang bermula hari ini.
Ini kerana bukan calang-calang tokoh yang diundang untuk memperkukuhkan agenda Bumiputra yang sudah pasti input serta idea yang tercetus daripada kongres amat dinanti .
Hasilan gabungan idea serta input tokoh hebat yang pasti akan mampu memberi faedah besar kepada rakyat Malaysia khasnya dalam memastikan penyertaan ekonomi Bumiputera yang lebih bermakna, berdaya tahan serta mampan.
Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 atau KEB2024 selama tiga hari yang diadakan di PICC Putrajaya bermula hari ini telah membuka tirainya pagi tadi.
Pembukaan rasminya dilakukan okeh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sekaligus memberi ucaptama beliau depan lebih tiga ribu peserta dari seluruh negara.
Nama-nama besar yang bergabung membuat perkongsian selama tiga hari ini termasuk tokoh-tokoh ekonomi dan pemimpin-pemimpin politik Kerajaan Perpaduan.
Pagi ini, dimulakan dengan ucaptama Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Dato’ Ahmad Zahid Hamidi.
KEB 2024 membawa tema Positif, Progresif dan Inovatif akan menjadi
platform menetapkan hala tuju serta pendekatan baharu Agenda Pemerkasaan Bumiputera yang lebih adil, saksama dan inklusif selari dengan aspirasi Malaysia Madani.
Bersama tema itu, dalam ucaptamanya, Ahmad Zahid berkata, tiga Matlamat, enam Tekad dan tiga Ikhtiar untuk pemerkasaan Bumiputera dizahirkan sebagai panduan bagi menjamin penyertaan, pemilikan dan penguasaan Bumiputera dalam ekonomi negara.
SEMUA KAUM BAHU MEMBAHU
Tiga matlamat itu ialah menuntut semua kaum bahu membahu membangunkan negara, menghormati agihan yang adil di samping menerima hakikat bahawa usaha memartabatkan penyertaan Bumiputera dalam semua sektor ekonomi adalah dalam kerangka yang terkandung dalam Perlembagaan Negara.
Ahmad Zahid Hamidi berkata, sinergi antara kaum akan menjadi pemangkin aktiviti ekonomi negara selain untuk mengikis kaitan aktiviti ekonomi dengan identiti kaum yang ada dalam negara.
Tambah beliau, KEB2024 kali ini mengubah destini Bumiputera dengan melaksanakan Transformasi Ekonomi Bumiputera atau TEB sebagai satu dasar baharu yang progresif bertujuan merapatkan jurang sosioekonomi dalam kalangan rakyat Malaysia.
ENAM TEKAD PERTAHANKAN AGENDA BUMIPUTERA
Enam tekad yang digariskan pula ialah mempertahankan agenda Bumiputera, menutup ketirisan pelaksanaan, mewujudkan kesetaraan antara wilayah, kaum dan kelompok,
mengenal pasti peluang baharu, mewujudkan jalinan tulen, selain menjamin tidak meminggirkan kaum lain.
Menurut Ahad Zahid lagi, bagi memastikan Bumiputera tidak ketinggalan dalam menyertai peluang ekonomi dan teknologi baharu, tiga matlamat utama digariskan iaitu keadilan sosioekonomi, kemampanan negara bangsa; serta kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.
“Menjayakan matlamat berkenaan, enam tekad sebagai rukun dilandaskan supaya Bumiputera bergerak sederap untuk mencapai cita-cita yang diinginkan bersama,” tegas beliau.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, tiga ikhtiar turut ditetapkan yang diyakini mampu melonjakkan ekonomi Bumiputera ke arah lebih terangkum dan mampan menjelang satu abad negara mencapai kemerdekaan.
Tiga ikhtiar tersebut, tambah beliau ialah menubuhkan Perbadanan Tanah Bumiputera yang akan merangka mekanisme pemilikan tanah, Waqaf Kesihatan dan Pendidikan serta Mengindustrikan Pertanian dengan menggunakan teknologi dan inovasi baharu melalui sebuah entiti yang akan ditubuhkan.
SUNTIKAN SEMANGAT
Tidak syak lagi, berdasarkan tiga matlamat, enam tekad dan tiga ikhtiar yang ditetapkan melalui KEB2024 ini bakal menyaksikan suntikan semangat dan wajah baharu dengan perencanaan yang lebih strategik dan berkesan untuk memajukan ekonomi lagi kedudukan ekonomi Bumiputera di negara ini.
KEB2024 juga dirasakan mampu membuka peluang kepada pelbagai pemegang taruh untuk memberi sumbangan dalam membantu kerajaan merangka hala tuju dan
pendekatan baharu agenda pemerkasaan Bumiputera.
Kerangka baharu hala tuju agenda pemerkasaan Bumiputera yang dibangunkan hasil resolusi KEB2024 yang mengambil kira keperluan pembangunan Bumiputera yang
bercirikan futuristik, dinamik dan pada masa yang sama dapat menangani isu dan cabaran semasa .
Selain itu hasilan resolusi ini juga tanpa memingkirkan bukan bumiputera adalah harapan baru untuk wajah baru yang lebih gemilang bagi masa depan negara.
Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat