(Petikan FB Zaliha Mustafa – Berita/Foto)
Ambil kesempatan pagi tadi untuk meninjau kawasan sekitar Kuala Lumpur bagi memahami sendiri isu-isu dan permasalahan setempat yang saya kira boleh ditambah baik dan diselesaikan.
Bermula dengan isu kebersihan dan keselamatan di sekitar Masjid Jamek, kawasan River of Life, perjalanan saya diteruskan dengan melihat isu-isu gelandangan dan isu lambakan warga asing di Jalan Silang dan beberapa jalan utama di Kuala Lumpur.
Saya ambil kesempatan ini juga untuk mendengar sendiri pandangan dan keluhan para peniaga di sekitar Kuala Lumpur.
InshaAllah, kita akan bersama-sama berganding bahu bagi meningkatkan kualiti kehidupan warga Kuala Lumpur dan menangani isu-isu legasi yang perlu dinoktahkan segera.