Mohamad Sabu kekal Presiden Amanah

Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara

Oleh Noraini Nordin (Coret-coret dari Wyndham Acmar, Klang-Selangor)

Walaupun dalam pemilihan Jawatankuasa pimpinan baru Amanah, Datok Seri Mohamad Sabu di tempat ke lapan beliau tetap dikekalkan sebagai Presiden Parti AMANAH Negara. Pemilihan yang berlangsung harmoni serta berhemah turut menyaksikan pemilihan Datok Seri Dr Mujahid Yusof telah dipilih sebagai Timbalan Presiden AMANAH yang baharu.

Bagi jawatan tiga Naib Presiden pula ialah Datok Seri Zulkefly Ahmad, Datok Dr. Siti Mariah Mahmud dan
YB Adly Zahari. Pelantikan mereka dibuat oleh 27 AJK baru yang terpilih bersama tiga ketua sayap-sayap AMANAH pada petang ini.

Ini adalah penggal terakhir (tiga tahun) untuk Mohamad Sabu sebagai presiden kerana menurut Perlembagaan AMANAH, penjawat utama parti hanya boleh memegang jawatan untuk tiga penggal sahaja. AMANAH melaksanakan pemilihan secara syura iaitu memilih 27 pemimpin utama dengan tiga ketua sayap iaitu pemuda, wanita dan wanita muda.

Tiga puluh daripada mereka akan memilih siapa yang perlu dilantik sebagai Presiden, Timbalan Presiden dan juga tiga Naib-naib Presiden. Berdasarkan jumlah undi yang diperolehi oleh pemimpin AMANAH kali ini, kedudukan Mohamad Sabu hampir sama sahaja dalam pemilihan tiga tahun lalu. Walaupun tidak mendapat undi tertinggi, tetapi beliau tetap menjadi pilihan 30 pemimpin AMANAH yang dipilih oleh perwakilan itu.

Konvensyen Nasional AMANAH telah berlangsung di Wyndham Acmar Klang, Selangor dengan kehadiran hampir 1, 073 perwakilan dari seluruh negara.

Sementara itu pengundian untuk memilih 27 jawatankuasa pimpinan baharu AMANAH petang tadi dijalankan secara e-voting .

Ini adalah kali ke dua parti AMANAH melaksanakan pengundian secara e-voting. Kali pertama semasa pemilihan parti itu pada 2019.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *