PMX terima kunjungan hormat Naib Presiden Dasar Global (SIA)

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menerima kunjungan hormat daripada Naib Presiden Dasar Global, Persatuan Industri Semikonduktor (SIA) Puan Mary Thornton serta delegasi pertubuhan tersebut.

SIA telah menjadi suara industri semikonduktor Amerika Syarikat selama lebih dari empat dekad.

Ahli dan anggota SIA mewakili lebih daripada 99% industri semikonduktor Amerika Syarikat dari segi pendapatan, dan hampir dua pertiga daripada firma cip bukan Amerika Syarikat.

Dalam pertemuan tersebut ahli-ahli SIA mengambil kesempatan memaklumkan kepada Perdana Menteri mengenai perancangan industri serta cadangan-cadangan dalam memperkukuh tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan asing terutamanya pada peringkat rantaian yang bernilai tinggi.

Antara lain Anwar terangkan pendekatan penting Kerajaan yang menggalakkan sektor swasta menerajui pusat-pusat kemahiran sebagai langkah mengatasi isu ketidaksepadanan tenaga kerja baharu dengan keperluan industri.

Selain itu, PMX dan Naib Presiden persatuan itu juga sependapat bahawa ekosistem perusahaan kecil dan sederhana yang menyumbang kepada rantaian pengeluaran syarikat-syarikat utama dunia perlu sentiasa diberi penekanan dan sokongan.

Adalah penting bagi Kerajaan menggubal dasar serta kebijakan yang jelas dan bersepadu bagi menarik dan mengekalkan pelabur-pelabur di Malaysia.

Juga, perlu diterapkan pendekatan libat urus bersama-sama industri agar dasar dan inisiatif yang diwujudkan adalah selari dengan keperluan semasa dan akan datang.

(Petikan FB Anwar Ibrahim – Berita/Foto)

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *