Tujuh Lelaki Ditahan Kes Bakar Mercun Berhampiran Lampu Isyarat

JOHOR BAHRU, 10 November – Polis menahan tiga lagi lelaki berusia 19 hingga 23 tahun bagi membantu siasatan kes membakar mercun berhampiran lampu isyarat di Taman Nesa, Skudai, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Azrol Anuar Nor berkata, ketiga-tiga suspek ditahan sekitar Skudai kira-kira 4.30 petang semalam.

Dua daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah, namun ujian saringan awal mendapati kesemuanya negatif dadah.

Penahanan terbaharu itu menjadikan tujuh individu ditahan setakat ini, selepas empat lelaki berusia 16 hingga 25 tahun ditahan pada hari kejadian.

Daripada jumlah itu, empat lelaki akan dituduh mengikut Seksyen 286 Kanun Keseksaan, manakala dua lagi didakwa mengikut Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 di Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Seorang lagi suspek dibebaskan dan akan dijadikan saksi pendakwaan.

Polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi talian hotline 07-5563122.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *