NACSA GESA ORANG RAMAI SAHKAN MAKLUMAT, PERKUKUH KESELAMATAN AKAUN DIGITAL

KUALA LUMPUR, 10 November – Orang ramai diingatkan supaya lebih berwaspada terhadap ancaman siber dengan mengamalkan pengesahan maklumat serta memperkukuh keselamatan akaun digital masing-masing.

Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Ir. Dr. Megat Zuhairy Megat Tajuddin berkata, penggunaan kata laluan kukuh dan pengaktifan Pengesahan Berbilang Faktor (MFA) penting bagi mengelakkan akaun diceroboh serta maklumat peribadi dieksploitasi.

Beliau turut menegaskan kepentingan mengamalkan konsep zero trust dengan tidak mempercayai sebarang maklumat, pautan atau mesej yang diterima melalui e-mel dan WhatsApp tanpa membuat pengesahan terlebih dahulu.

Selain itu, pengguna dinasihatkan menukar kata laluan secara berkala, mengelakkan pautan mencurigakan serta tidak menggunakan Wi-Fi awam bagi urusan melibatkan data sensitif.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Bicara Naratif terbitan RTM di Angkasapuri.

Inti utama berita: Pengesahan maklumat dan amalan keselamatan digital perlu menjadi keutamaan bagi melindungi pengguna daripada ancaman pencerobohan siber.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *