PESANAN PMX: JANGAN BIARKAN SENTIMEN PERKAUMAN MEMECAHBELAHKAN HARMONI NEGARA-MELAKA MILIK KITA BERSAMA PERPADUAN ADALAH KEKUATAN KITA

MELAKA, 8 NOVEMBER 2026 – Dalam menghadapi cabaran sentimen perkauman sempit, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kekuatan sebenar sesebuah negeri terletak pada perpaduan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.

HARAPAN memilih pendekatan merangkul kekuatan masyarakat Melayu, Cina dan India dengan mengetengahkan calon yang berwibawa, bersih serta beramanah demi membawa suara rakyat dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti.

Beliau menyeru rakyat Melaka agar membuat pilihan secara bijaksana dengan menilai kewibawaan kepimpinan, rekod pencapaian, kejujuran serta kesungguhan calon dalam membela nasib rakyat dan memajukan negeri.

Sesungguhnya, masa depan Melaka tidak harus ditentukan oleh kebencian, prasangka atau perbezaan kaum, sebaliknya dibina atas landasan perpaduan, kepercayaan, amanah dan semangat kebersamaan.

Dengan penuh rasa insaf dan rendah hati, PMX turut menitipkan harapan agar Allah SWT menerangi hati rakyat Melaka dalam membuat pilihan serta memberikan kekuatan kepada HARAPAN untuk terus berbakti dengan sebaik-baiknya.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *