Pencetak mudah alih permudah semakan lokasi mengundi

KRUBONG, 8 November – Penggunaan teknologi pencetak mudah alih diperkenalkan calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Datuk Azman Abidin, bagi memudahkan pengundi menyemak maklumat pusat dan saluran mengundi.

Menerusi inisiatif itu, jentera parti boleh mencetak slip kecil yang memaparkan lokasi pusat mengundi serta nombor saluran berdasarkan kad pengenalan pengundi.

Datuk Azman berkata, langkah itu diperkenalkan susulan ramai pengundi menghadapi kesukaran mengingati lokasi dan saluran masing-masing.

Slip berkenaan juga mudah disimpan dan dibawa ketika hari pengundian, sekali gus memudahkan pengundi membuat rujukan tanpa perlu membawa helaian kertas bersaiz A4.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *