MKN TELITI ANCAMAN KESELAMATAN HIBRID SUSULAN INSIDEN GODAM LAMAN BANK RAKYAT

DOHA, 7 November – Insiden penggodaman laman sesawang Bank Rakyat yang hanya melibatkan perubahan paparan laman web mencetuskan perhatian kerajaan terhadap ancaman keselamatan hibrid terhadap infrastruktur digital negara.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, insiden berkenaan dikategorikan sebagai web defacement dan tidak menjejaskan operasi sistem perbankan Bank Rakyat.

Susulan kejadian itu, bank berkenaan menyekat akses kepada pelayan terjejas dan mengalihkan pengguna ke laman i-Rakyat bagi memastikan keselamatan akses perkhidmatan perbankan.

Fahmi berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) meneliti ancaman keselamatan hibrid yang menyasarkan infrastruktur digital negara, termasuk rangkaian Internet, laman sesawang dan pangkalan data.

Perkara itu turut dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri bagi memperkukuh perlindungan keselamatan siber melibatkan aset kerajaan, institusi perbankan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Sudut berita: Insiden Bank Rakyat menjadi peringatan mengenai kepentingan memperkukuh pertahanan siber negara daripada ancaman digital yang semakin kompleks.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *